Advertisement

JPA Scholarships | Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM)

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARA TAHUN 2023

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARATAHUN 2023

=================

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Dalam Negara.

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2023 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada  pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara. 

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

PERMOHONAN PROGRAM KHAS LEPASAN SPM DALAM NEGARA (LSPM) TAHUN 2023   

Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 untuk memohon penajaan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) Tahun 2023. Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka bermula 12 Jun 2022 sehingga … Jun 2023 (jam 5.00 petang).

Senarai Calon LSPM Tahun 2023 akan dipaparkan pada .. Jun 2022, jam 5.00 petang. Hanya pelajar yang disenaraikan sahaja dibenarkan untuk memohon program ini.

Iklan LSPM

FAQ LSPM

Permohonan dibuka secara atas talian (online) | Mohon Segera!!

iNFO Penting Lain :-


Advertisement




(Visited 5,753 times, 1 visits today)