Malaysia Scholarships 2018 | 2019

Senarai Biasiswa Malaysia 2018 | 2019

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) Maybank


INFO BIASISWA

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) merupakan skim tambahan yang boleh dikatakan sebagai bantuan kewangan pendidikan yang ditawarkan untuk memberi manfaat kepada mahasiswa.

 

Skim ini dilaksanakan sebagai bantuan kewangan untuk pelajar yang berkelayakan menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana (masters) di universiti-universiti terbaik dalam negara.

 

Skim ini adalah hasil kolaborasi antara Maybank dan Yayasan Peneraju untuk membantu pelajar yang memerlukan. Jumlah pembiayaan adalah sehingga RM200,000.00.

TARIKH TUTUP

Dec 31, 2017

KRITERIA

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Pelajar semester dua dan keatas yang memilki CGPA 3.00 dan ke atas.
  • Pelajar sepenuh masa
  • Program pengajian di universiti yang diluluskan oleh Yayasan Peneraju
  • Pemohon perlu memastikan yuran pengajian terdahulu telah dilangsaikan.

AMAUN

Pembiayaan maksimum pengajian sehingga RM 200,000

CARA MEMOHON

Muat turun borang berikut :

 

Hantar borang yang sudah lengkap diisi bersama-sama salinan asal dokumen sokongan (senarai dokumen seperti yang dimaklumkan dalam borang senarai semak permohonan) ke cawangan Mybank yang berhampiran.

Maklum balas kelulusan permohonan atau sebaliknya akan diterima dalam tempoh 2 bulan setengah bermula daripada tarikh permohonan diterima oleh Maybank.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SPP1M, boleh klik di sini.



Malaysia Scholarships 2018 | 2019 | Senarai Biasiswa Terkini Malaysia 2018 | Undergraduate & Postgraduate | Ijazah Sarjana Muda & Diploma | Biasiswa Lepasan SPM & STPM | Tawaran Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | Petronas | TNB | MARA | Khazanah | Maybank | Shell | Bank Rakyat | Maxis | Sime Darby | dan Banyak Lagi | © 2018 Frontier Theme