BIASISWA KOMANWEL DI UNITED KINGDOM 2015
| Organisation Type |
Government Agencies |
| Fund Type |
Scholarship |
| Sponsored By |
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia |
| Organisation Address |
Blok C1-C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya, Malaysia
Telefon: 603 8000 8000 |
| Detailed description |
Tempat:
United Kingdom
Senarai Universiti :
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/uk-universities/Pengajian:
Mulai September/Oktober 2015
Rujukan:
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/scholarships-developing-cw/
Kategori:
Warganegara Malaysia
Syarat-syarat Permohonan:
Sila rujuk Prospektus 2015 :
Prospectus Commonwealth UK 2015
Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarship.
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur Commonwealth Scholarship dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Berkhidmat secara tetap;
- Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
- Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
- Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 bagi peperiksaan yang diambil selepas 1 Oktober 2014 hingga 6 Mac 2015.
- Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2011, 2012 & 2013);
- Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);
- Telah mengisytiharkan harta;
- Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.
Dokumen Permohonan:
Borang Permohonan secara atas talian [Electronic Application System (EAS)] boleh didapati di sini.
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut (masing-masing 1 salinan):
- Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing)
- Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010](Diisi oleh pemohon)
Borang permohonan secara atas talian yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dicetak sebanyak 2 salinan dan dihantar ke alamat berikut:-
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Siti Norraifana binti Hamidon)
#Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan,permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke Jabatan ini.
Pegawai Bertanggungjawab:
Puan Siti Norraifana binti Hamidon
Tel: 03-8885 3518
Faks: 03-8889 2171
E-mel : raifana.hamidon@jpa.gov.my
Cik Nurhafizah binti Sidik
Tel: 03-8885 3462
Faks: 03-8889 2171
E-mel : fizah.sidik@jpa.gov.my |
| Deadline |
21 November 2014 |
Sumber : http://studymalaysia.com/student/scholar_details.php?fundid=829
Advertisement

(Visited 584 times, 1 visits today)