Advertisement

BIASISWA KOMANWEL DI UNITED KINGDOM

BIASISWA KOMANWEL DI UNITED KINGDOM 2015

Organisation Type Government Agencies
Fund Type Scholarship
Sponsored By Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Organisation Address Blok C1-C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya, Malaysia
Telefon: 603 8000 8000
Detailed description Tempat:
United Kingdom
Senarai Universiti :
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/uk-universities/Pengajian:
Mulai September/Oktober 2015

Rujukan:
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/scholarships-developing-cw/

Kategori:
Warganegara Malaysia

Syarat-syarat Permohonan:
Sila rujuk Prospektus 2015 :
Prospectus Commonwealth UK 2015

Bagi  calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarship.

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur  Commonwealth Scholarship dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:

    1. Berkhidmat secara tetap;
    1. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
    1. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
    1. Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
    1. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 bagi peperiksaan yang diambil selepas 1 Oktober 2014 hingga 6 Mac 2015.
    1. Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2011, 2012 & 2013);
    1. Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);
    1. Telah mengisytiharkan harta;
    1. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
  1. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.

Dokumen Permohonan:

Borang Permohonan secara atas talian [Electronic Application System (EAS)] boleh didapati di sini.

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut (masing-masing 1 salinan):

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing)
  2. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010](Diisi oleh pemohon)

Borang permohonan secara atas talian yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dicetak sebanyak 2 salinan dan dihantar ke alamat berikut:-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Siti Norraifana binti Hamidon)

#Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan,permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke Jabatan ini.

Pegawai Bertanggungjawab:

Puan Siti Norraifana binti Hamidon
Tel:    03-8885 3518
Faks:  03-8889 2171
E-mel : raifana.hamidon@jpa.gov.my

Cik Nurhafizah binti Sidik  
Tel:    03-8885 3462
Faks:  03-8889 2171
E-mel :  fizah.sidik@jpa.gov.my

Deadline 21 November 2014

Sumber : http://studymalaysia.com/student/scholar_details.php?fundid=829


Advertisement




(Visited 488 times, 1 visits today)