Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional RM200 untuk Pelajar IPT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memperuntukan keseluruhan RM250 bilion untuk membantu rakyat.
Dalam pengumumannya, PM menyatakan rakyat di bawah Kategori M40 ke bawah akan menerima Bantuan Prihatin Nasional termasuk pekerja swasta dan lain-lain.
Selain itu, para pelajar IPT juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.
Dengan bantuan berkenaan, dapat membantu meringankan beban pelajar dan keluarga, terutamanya pelajar yang tinggal di asrama penginapan atau rumah sewa sekitar Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata bantuan yang diberikan itu penting untuk memastikan setiap daripada mereka meneruskan kehidupan.
“Semoga peruntukan yang akan disalurkan ini dapat memangkin ekonomi dan sara hidup rakyat khususnya dalam menempuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
“Saya, mewakili Kementerian Pengajian Tinggi ingin mengucapkan terima kasih atas peruntukan dan usaha yang telah dilakukan.
Selain itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut memberi penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan kepada peminjam sedia ada.
Cara Bayaran Pelajar IPT RM200 ?
Buat masa sekarang, caranya belum dapat dipastikan lagi tetapi pihak kerajaan sudah mempunyai data pelajar daripada Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM100 atau Kad Siswa Pelajar yang diberikan sebelum ini melalui kad Debit Bank Rakyat.
Kemungkinan bayaran adalah melalui kaedah ini, Pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa sekiranya ada pengumuman terkini dari kerajaan mengenai perkara ini. Harap Memberi manfaat.
KEMASKINI!!!
UNTUK MOHON / DAFTAR DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN INDIVIDU BUJANG – KLIK SINI!!
UNTUK MOHON / DAFTAR DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN B40 & M40 – KLIK SINI!!
Advertisement