JPA Scholarships | Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM)
TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARA TAHUN 2025

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM)
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 200 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di manamana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan
- Umur belum mencapai 19 tahun(20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
*Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Syarat Khusus
- Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurangkurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada); dan
- Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Permohonan bagi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) Tahun 2026 dibuka mulai 3 April 2026 (Jumaat) jam 3.00 petang hingga 16 April 2026 (Khamis) jam 5.00 petang.
Bagi tujuan permohonan ini, sila pastikan pemohon/ ibu/ bapa adalah bebas daripada tindakan undang-undang/ disenarai hitam pinjaman JPA.
Pendidikan Malaysia
Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang/disenarai hitam, sila hubungi 03-8000 8000 atau salurkan pertanyaan melalui https://forms.gle/gGAu45dtiDafDnqW6 dalam tempoh 3 April 2026 (Jumaat) hingga 10 April 2026 (Jumaat) untuk penyelarasan lanjut.
Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan.
Semakan senarai hitam JPA boleh dibuat di pautan:
Senarai Nama Pelajar Layak Memohon LSPM
SENARAI PENUH BIASISWA KLIK SINI
Advertisement
