JPA Scholarship (Program Penajaan Nasional – PPN)

Program Penajaan Nasional (PPN)
Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Bagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang. Senarai 20 universiti ini melibatkan dua buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat dan United Kingdom

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
- Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Syarat Khusus
Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul AlDin/ Al-Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan satu mata pelajaran lain;
DAN JIKA ADA,
Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Permohonan bagi Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2026 dibuka mulai 3 April 2026 (Jumaat) jam 3.00 petang hingga 16 April 2026 (Khamis) jam 5.00 petang.
Bagi tujuan permohonan ini, sila pastikan pemohon/ ibu/ bapa adalah bebas daripada tindakan undang-undang/ disenarai hitam pinjaman JPA.
Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang/disenarai hitam, sila hubungi 03-8000 8000 atau salurkan pertanyaan melalui https://forms.gle/gGAu45dtiDafDnqW6 dalam tempoh 3 April 2026 (Jumaat) hingga 10 April 2026 (Jumaat) untuk penyelarasan lanjut.
Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan.
Semakan senarai hitam JPA boleh dibuat di pautan:
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/tunggakanindividu.php
Senarai Nama Pelajar Layak Memohon PPN
Advertisement
