Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
Organisation Type |
Government Agencies |
Fund Type |
Education Funds |
Sponsored By |
Kerajaan Negeri Selangor |
Organisation Address |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5521 2275 |
Detailed description |
More information, click HERE!
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
Bil |
Syarat-Syarat Permohonan |
Keterangan |
i. |
Kelahiran |
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
|
ii |
Peringkat Pengajian |
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon);
|
iii |
Penajaan |
- Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja;
|
iv |
Pencapaian Akademik |
- Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan;
|
v |
Tahun Pengajian |
- Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
|
Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:
Bil |
Peringkat Pengajian |
Kelayakan Akademik |
i. |
Ijazah Pertama |
- Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSTPM; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM
|
ii |
Diploma |
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSPM; atau
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
|
iii |
Sijil (IPTA) |
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSPM
|
iv |
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja) |
- Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSPM;
|
TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN
|
Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) |
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor: |
|
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan). |
(ii) |
Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor: |
|
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja. |
KADAR TAJAAN PINJAMAN PELAJARAN
|
Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian |
Kadar Pinjaman (Setahun) |
Ijazah (Perubatan) |
RM 7,000.00 |
Ijazah (Lain-lain) |
RM 6,500.00 |
Diploma |
RM 4,900.00 |
Sijil |
RM 4,000.00 |
Nota: Kadar tajaan pinjaman ini tersebut adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan
Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran akan dimulakan selepas tempoh enam (6) bulan pelajar menamatkan pengajian.
|
Deadline |
29 Ogos 2014 |
Advertisement
(Visited 869 times, 1 visits today)